BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 12 December 2011

INDUSTRI AROWANA MASA KINI (2011)

Tanggapan masyarakat kita suatu ketika dahulu berbeza dengan masa kini tentang pemeilharaan ikan hiasan. Menyebut tentang pemeliharaan ikan hiasan akan dikaitkan dengan hobi memelihara ikan di dalam suatu bekas, balang atau akuarium yang diletakkan pada suatu sudut rumah. Tangki ikan ini akan hanya dilihat sekali sekala oleh pemeliharannya ketika hendak memberi makan atau oleh mereka yang minat kepada ikan hiasan. Tangki pemeliharaan dimasukkan beberapa ekor ikan seperti pelaga sawah, puyu atau seluang tanpa dilengkapi peralatan yang dapat mewujudkan keindahan yang boleh memukau sesiapa yang melihatnya.
Perubahan yang ketara dalam hobi mmelihara ikan hiasan dapat dilihat kini apabila taraf hidup masyarakat negara kita kian meningkat. Antara faktor lain yang menambahkan lagi minat masyarakat kita ialah perkembang pesat industri ini. Industri pembuatan pelbagai jenis akuarium yang cantik, sistem pencahayaan yang boleh menumbuhkan pelbagai jenis pokok-pokok air yang dapat mewujudkan suasana hiasan dalam akuarium yang unik dan menarik serta penciptaan peralatan penapisan air yang berkesan yang boleh menghasilkan air yang jernih tanpa perlu bersusah payah menukar air. Dengan adanya pelbagai produk makanan ikan hiasan  yang tidak mengotorkan air dan menghasilkan tumbesaran ikan yang cantik dan berkualiti menambahkan lagi minat memelihara ikan dalam kalangan masyakat kita. Penggunaan temuan bioteknologi seperti penggunaan probiotik dalam makanan, pemggunaan bakteria dalam sistem penapisan air menjadikan hobi memelihara ikan hiasan sangat eksklusif dan mampu dilaksanakan oleh golongan yang berpengetahuan.
Kini ramai yang telah sedar bahawa ikan hiasan bukan hanya sekadar menternak sebagai hobi tetapi suatu industri yang boleh dimenafaatkan oleh banyak golongan sebagai suatu pelaburan yang mampu menjana pendapatan jutaan ringgit. Industri ikan hiasan yang terus berkembang pesat mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam negara dan dapat bersaing di pasaran global. Negara kita yang kaya dengan sumber semulajadi seperti ikan hiasan liar, kawasan untuk penternakan yang mencukupi dan kepelbagaian jenis ikan yang boleh membiak dengan baik di negara kita boleh memberi pulangan yang sangat menguntungkan kepada nrgara kita. 
Penternakan ikan hiasan dalam negara kita sebenarnya mampu memberi pulangan sehingga 95% daripada jumlah pengeluaran ikan hiasan negara kita melalui eksport ikan ini ke pasaran global seperti Amerika Syarikat, Jepun, Negara-negara Kesatuan Eropah seperti Prancis, Jerman dan  United Kingdom. Negara Asia pula terkenal sebagai negara pengeluara utama kepada pasaran dunia kerana iklim negara kita sangat kondusif untuk pembiakan dan penternakan disamping kos tenaga buruh yang murah. Pada masa kini negara Asia mewakili pasaran dunia sebayak 59%, dimana negara kita Malaysia muncul sebagai negara pasaran dunia kedua sebanyak 7.87% selepas negara jiran Singapura sebanyak 22.7%.
Perkembangan pesat industri Industri ikan hiasan sangat ketara dari tahun ke tahun. Kadar purata peningkatan tahunan dianggarkan sebanyak 30% semenjak tahun 1991. Pelbagai jenis ikan hiasan dihasilkan di negara kita termasuk ikan dalam kumpulan Cichlidae seperti discus, dan angelfish, live bearer seperti guppy, swordtail dan molly, Cyprinid seperti tiger barb, cherry barb dan rosy barb dan Characid seperti pelbagai jenis tetra. Ikan yang paling terkenal di negara kita ialah arowana. Ikan ini digolongkan dalam famili Osteoglossidae iaitu keluarga ikan yang dikenal sebagai ikan lidah bertulang (bonytongue). Ikan ini digelar sedemikian kerana struktur lidahnya berbentuk tulang yang keras dan kesat berfungsi sebagai gigi pencengkam sesuai dengan kelakuan pemakanannya sebagai ikan pemangsa.
Industri penternakan arowana telah berkembang pesat di negara kita semenjak tahun 2005. Sehingga hari ini negara kita merupakan pengeluar kedua terbesar arowana di Asia selepas negara jiran Indonesia. Sebagai tempat asal arowana jenis terbaik di dunia iaitu arowana emas Malaysia, negara kita merupakan sebuah ‘kilang’ pengeluar pelbagai jenis arowana untuk pasaran global. Pelbagai jenis arowana kita di pasaran diperingkat global seperti jenis Blue based gold, cross backed gold, high backed gold, golden head, chili red, blood red dan sebagainya dihasilkan di negeri Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan juga Sabah dan Sarawak.

STATUS PENGELUARAN

         Aktiviti ternakan ikan arowana berkembang pesat di Malaysia. dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan (KPT) 21.8% sejak tahun 2001~2008.


Tahun
Kuantiti (Ekor)
Nilai (RM Juta)
2005
237,680
na
2006
288,975
na
2007
236,243
na
2008
234,700
95.7
2009
316,572
146.0














         Arowana Asia adalah salah satu ikan hiasan yang paling popular dan mahal.
         Kualiti terbaik arowana bersisik penuh (Cross back) adalah Arowana Emas Malaysia yang endemik di Tasik Bukit Merah

Varieti
Harga seekor RM
(15-20 cm)
Harga seekor RM
(> 40 cm)
Malaysian Gold
1,500~3,000
10,000~12,000
Gold Blue Base
1,500~3,000
8,000~10,000
Chili Red
1,200~2,200
8,000~10,000
Super Red
1,000~2,000
6,000~8,000
Highback Golden
500~1,000
5,000~7,000
Banjar Red
150~200
1,500~2,000
Green Arowana
50~100
1,000~1,500
Silver Arowana
40~60
300~800




         Iklim dan topografi Malaysia adalah kondusif untuk pertumbuhan arowana berbanding negara barat
         Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar ikan arowana di dunia selepas Indonesia.
         Dianggar terdapat lebih 70 orang penternak ikan arowana di Malaysia. (Bukit Merah sahaja = 74 pengusaha)


PASARAN

         Dikawal dibawah CITES (Convention of International Trade in Endangered Species) dan memerlukan permit CITES sebelum boleh diperdagangkan
         32 ladang di Malaysia telah berdaftar dibawah CITES Secretariat di Geneva
         Pasaran tertumpu kepada eksport: 16 negara
         Pasaran utama: Taiwan, Japan, China, Hong Kong, Singapore,
         Pasaran lain: Brunei, Canada, Korea, Philippines, Russia, Thailand, United Kingdom, Holland, Vietnam, Germany dan Muritius.