BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 4 November 2011

CITES PROPOSAL FORM SAMPLES

BERIKUT IALAH SAMPLE CITES PROPOSAL. 
Proposal ini perlu disediakan oleh syarikat arowana yang ingin memohon PERMIT CITES daripada Sekretariat CITES di Geneva. Proposal yang telah disiapkan perlu dihantar kepada Bahagian Biosekuriti di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia




Sekiranya anda berminat untuk membeli buku  
AROWANA IKAN HIASAN BERNILAI
ini sila hubungi saya melalui email
www.zainie49@gmail.com.

JUGA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH

TENTANG PENTERNAKAN AROWANA
PERMOHONAN CITES
PENYAKIT AROWANA 
DLL BERKAITAN AROWANA

Sila hubungi saya melalui email di atas.

Thursday 3 November 2011

TENTANG IKAN HIASAN

Tanggapan masyarakat kita suatu ketika dahulu berbeza dengan masa kini tentang pemeilharaan ikan hiasan. Menyebut tentang pemeliharaan ikan hiasan akan dikaitkan dengan hobi memelihara ikan di dalam suatu bekas, balang atau akuarium yang diletakkan pada suatu sudut rumah. Tangki ikan ini akan hanya dilihat sekali sekala oleh pemeliharannya ketika hendak memberi makan atau oleh mereka yang minat kepada ikan hiasan. Tangki pemeliharaan dimasukkan beberapa ekor ikan seperti pelaga sawah, puyu atau seluang tanpa dilengkapi peralatan yang dapat mewujudkan keindahan yang boleh memukau sesiapa yang melihatnya.

Perubahan yang ketara dalam hobi mmelihara ikan hiasan dapat dilihat kini apabila taraf hidup masyarakat negara kita kian meningkat. Antara faktor lain yang menambahkan lagi minat masyarakat kita ialah perkembang pesat industri ini. Industri pembuatan pelbagai jenis akuarium yang cantik, sistem pencahayaan yang boleh menumbuhkan pelbagai jenis pokok-pokok air yang dapat mewujudkan suasana hiasan dalam akuarium yang unik dan menarik serta penciptaan peralatan penapisan air yang berkesan yang boleh menghasilkan air yang jernih tanpa perlu bersusah payah menukar air. Dengan adanya pelbagai produk makanan ikan hiasan  yang tidak mengotorkan air dan menghasilkan tumbesaran ikan yang cantik dan berkualiti menambahkan lagi minat memelihara ikan dalam kalangan masyakat kita. Penggunaan temuan bioteknologi seperti penggunaan probiotik dalam makanan, penggunaan bakteria dalam sistem penapisan air menjadikan hobi memelihara ikan hiasan sangat eksklusif dan mampu dilaksanakan oleh golongan yang berpengetahuan. 

Kini ramai yang telah sedar bahawa ikan hiasan bukan hanya sekadar menternak sebagai hobi tetapi suatu industri yang boleh dimenafaatkan oleh banyak golongan sebagai suatu pelaburan yang mampu menjana pendapatan jutaan ringgit. Industri ikan hiasan yang terus berkembang pesat mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam negara dan dapat bersaing di pasaran global. Negara kita yang kaya dengan sumber semulajadi seperti ikan hiasan liar, kawasan untuk penternakan yang mencukupi dan kepelbagaian jenis ikan yang boleh membiak dengan baik di negara kita boleh memberi pulangan yang sangat menguntungkan kepada nrgara kita.  

Penternakan ikan hiasan dalam negara kita sebenarnya mampu memberi pulangan sehingga 95% daripada jumlah pengeluaran ikan hiasan negara kita melalui eksport ikan ini ke pasaran global seperti Amerika Syarikat, Jepun, Negara-negara Kesatuan Eropah seperti Prancis, Jerman dan  United Kingdom. Negara Asia pula terkenal sebagai negara pengeluara utama kepada pasaran dunia kerana iklim negara kita sangat kondusif untuk pembiakan dan penternakan disamping kos tenaga buruh yang murah. Pada masa kini negara Asia mewakili pasaran dunia sebayak 59%, dimana negara kita Malaysia muncul sebagai negara pasaran dunia kedua sebanyak 7.87% selepas negara jiran Singapura sebanyak 22.7%. 

Perkembangan pesat industri Industri ikan hiasan sangat ketara dari tahun ke tahun. Kadar purata peningkatan tahunan dianggarkan sebanyak 30% semenjak tahun 1991. Pelbagai jenis ikan hiasan dihasilkan di negara kita termasuk ikan dalam kumpulan Cichlidae seperti discus, dan angelfish, live bearer seperti guppy, swordtail dan molly, Cyprinid seperti tiger barb, cherry barb dan rosy barb dan Characid seperti pelbagai jenis tetra. Ikan yang paling terkenal di negara kita ialah arowana. Ikan ini digolongkan dalam famili Osteoglossidae iaitu keluarga ikan yang dikenal sebagai ikan lidah bertulang (bonytongue). Ikan ini digelar sedemikian kerana struktur lidahnya berbentuk tulang yang keras dan kesat berfungsi sebagai gigi pencengkam sesuai dengan kelakuan pemakanannya sebagai ikan pemangsa. 

Industri penternakan arowana telah berkembang pesat di negara kita semenjak tahun 2005. Sehingga hari ini negara kita merupakan pengeluar kedua terbesar arowana di Asia selepas negara jiran Indonesia. Sebagai tempat asal arowana jenis terbaik di dunia iaitu arowana emas Malaysia, negara kita merupakan sebuah ‘kilang’ pengeluar pelbagai jenis arowana untuk pasaran global. Pelbagai jenis arowana kita di pasaran diperingkat global seperti jenis Blue based gold, cross backed gold, high backed gold, golden head, chili red, blood red dan sebagainya dihasilkan di negeri Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan juga Sabah dan Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk membeli buku  
AROWANA IKAN HIASAN BERNILAI
ini sila hubungi saya melalui email
www.zainie@gmail.com.

JUGA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH

TENTANG PENTERNAKAN AROWANA
PERMOHONAN CITES
PENYAKIT AROWANA 
DLL TENTANG AROWANA

Sila hubungi saya melalui email di atas.

AROWANA IKAN HIASAN BERNILAI

Buku yang julung kali diterbitkan bersama DBP ini merupakan sebuah buku yang berinformasi berguna untuk para peminat ikan hiasan terutamanya arowana atau ikan kelisa di seluruh negara. Kebanyakan buku yang diterbitkan sebelum ini hanya menitikberatkan nilai komersial yang dipenuhi dengan iklan tanpa maklumat berguna untuk orang ramai. Dalam buku sulung saya ini memberi  maklumat tentang arowana seperti :- penternakan, pembiakan, penjagaan, penyakit dan keunikannya

  SEBAHAGIAN DARIPADA HALAMAN YANG MENARIK DALAM BUKU INI
Sekiranya anda berminat untuk membeli buku ini
aya aka
AROWANA IKAN HIASAN BERNILAI
Terima kasih kerana sudi melawat blospot saya. Saya akan terus memuatkan maklumat-maklumat berkaitan ikan hiasan di negara kita di semasa ke semasa untuk dikongsi bersama.



sila hubungi saya melalui email
www.zainie49@gmail.com.

JUGA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH

TENTANG PENTERNAKAN AROWANA
PERMOHONAN CITES
PENYAKIT AROWANA 
DLL TENTANG AROWANA

Sila hubungi saya melalui email di atas.